Daripada Abu Malik al-Asy'ari katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Kebersihan itu sebahaguan daripada iman, membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidup bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya." (Riwayat Muslim)
Kemakmuran da kesejahteraan fizikal memang boleh didapati dengan pelbagai cara, termasuk dengan membelakangi nilai-nilai agama. Namun kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai-nilai agama tidak bertahan lama kerana ia kosong daripada berkat. Malah apa-apa sahaja yang ketandusan berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati.
Disebabkan itu, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu yang benar-benar bertepatan syarak, sama ada ia merupakan perkara wajib ataupun sunat.
Ini kerana manusia sememangnya sepanjang hidupnya bekerja sama ada untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya. Semuanya bergantung pada keberkatan dan keredhaan Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Jika itu perkara yang baik. insya-Allah selamatlah di dunia dan akhirat tetapi jika sebaliknya lambat laun dia akan mendapat pembalasan dan kecelakaan, sama ada di dunia ataupun akhirat kelak. Wallahu a'lam~
Kosong…
8 years ago
No comments:
Post a Comment